Saturday, 8 November 2008

Bunuh Diri Bukan Penyelesaian




Saya nak berikan mengenai kesaksian hidupku di masa mudaku yang belum matang mengenal Tuhan Yesus. Di saat aku masih mentah pada zaman sekolahku, aku jujur aku "playboy" pada masa itu. Aku masa di sekolah seringkali mempermainkan wanita, tapi disaat ditinggalkan oleh wanita, aku pasti kesal kerana aku dah mulai merasa betapa "syoknya" cinta di dalam hidup masa muda ini. Apabila dah bersekolah pada waktu pagi, tiba-tiba begitu jiwang diriku menyelami hati perempuan dan di saat itu aku dah benar-benar menyintai wanita dihidupku tapi disaat wanita itu mempermainkan diriku, aku mula sedih dan dah berjanji di dalam hidupku tak nak bercinta lagi. Dan aku berjanji jika ada seorang wanita yang menyintai aku pada masa hadapan, aku akan menyintai dia sepenuh hatiku dan setia pada dirinya.

Tapi disaat aku habis sekolah, aku mula menyintai seorang wanita. setiap kali aku tak tahu jantungku berdegup setiapkali melihat dirinya. Aku jadi bingung dan tertanya-tanya..."adakah dia yang akan menjadi milikku kerana diriku dah mulai merasa satu cinta yang baru"...Aku hari demi hari mendorong wanita itu...Di Saat bersama si dia, betapa pentingnya dia di dalam hidupku. Disaat itu aku dah tak sedar aku mulai lupakan Tuhan dan menjauhi dari DIA yang selama ini telah membawa jalanku ke arah terangnya. Aku semakin rapat dengan wanita itu dan mulailah kami lupakan kekudusan di dalam setiap kami tapi yang jujurnya aku tak melakukan perkara terkutuk itu. Masa itu, aku memikirkan perkara yang bukan terkutuk itu juga merupakan perkara yang salah dan besar dosanya. Aku masa itu masih mentah dan begitu "tak tahu" dengan cinta itu. Aku terlalu menyintai wanita itu dan setiap masa asyik-asyik mengingati wanita itu. Di saat aku lakukan kesalahan dan terus diriku terasa sangat bersalah dan asyik dan asyik menyalahkan diri kepada Tuhan. Kerana aku merupakan antara utama di dalam gereja.

Apabila saya dah sedar saya telah bersalah pada Tuhan. Terlintas fikiranku tak nak hidup lagi. Aku begitu seksa memikirkan kesalahanku dan asyik memikirkan untuk terus bunuh diri. Apabila ada pisau di depan mataku, aku benar-benar hampir mencederakan diriku. Sikit lagi nak melukai jantungku kerana masa itu aku menghala mata pisau itu pada arah jantungku. Dan akhir sekali aku terus menjadi seksa dan gila. Tak nak hidup dalam fikiranku. Aku fikirkan cara membunuh yang diam-diam. Aku mula mengambil pil-pil (ubat-ubatan). Semuanya ubat-ubat yang bercampur seperti Ubat batuk, ubat demam, ubat allergic dan sebagainya...Aku mula menelan ubat-ubat itu sekaligus tanpa sedar apa akibatnya nanti sebab aku fikir ianya akan sekedar membuatkan diriku pening-pening saja. Tapi di saat aku mula merasa badanku seperti di-siang ataupun dimasak...terasa panas dalam badan...tak dapat menahannya...kepala mulai pening-pening tapi yang ini luar biasa membuatkan diri saya terasa dunia ini bergerak perlahan...Aku tak dapat mencapai kakiku, tak dapat merasa tanganku...begitu lemah...adik-adikku takut meninggalkanku sebab mereka tak tahu nak menyelamatkan apa pada abang mereka yang telah perbuat bodoh itu. Akhirnya, Tuhan menghantar pak cik aku menyelamatkan diriku dengan menyuruh diriku minum banyak air untuk membuang semua ubat-ubat di dalam badanku. Selepas itu, aku mulai menangis...aku selama ini memburuk-burukkan pak cik kerana tabiatnya yang suka merokok dan hidup yang tak menentu itu. Tapi Tuhan gunakan diri dia juga yang selamatkan aku.

Akhirnya, ibubapa dan nenek saudaraku datang kemudian kerana pada masa itu mereka ada kelompok doa tapi aku yang tak pergi sebab aku stres pada masa itu memikirkan hidupku yang bersalah pada masa itu. Saya lihat diriku didukung oleh ayahku membawaku ke dalam kereta dan mak aku pula cuba mengangkat aku membawaku ke hospital. Aku menangis dan fikirkan hidupku tak berguna dah...

Setelah aku sampai di hospital, aku melihat rakan-rakan se-agape denganku kasihan melihat. Dan saya rasa begitu bersalah kepada mereka kerana telah memalukan mereka semua kerana diriku juga kuat dalam pelayanan gereja pada masa itu. Sebegitu juga keluargaku dan saudara-saudaraku....lebih-lebih lagi memalukan nama Tuhan....Aku telah diselamatkan dan semua ubat-ubat dalam badanku telah keluar....Aku mulai merasa baik-baik aja...

Saya menangis tanpa terhenti-henti...tapi pastor-pastor dan member-memberku mulai mendorong diriku "hidup ini manusia memang tak dapat lari dari dosa tapi manusia dapat mengelak dosa itu tejadi..."Aku diajar dan dikaunseling agar aku bangkit semula....Aku sedar selama ini aku telah menyusahkan ibubapaku yang telah membayar wang untuk diriku sembuh...aku menangis....

Wahai...kawan-kawan terkasih....walaupun besar mana dosa kamu itu tapi Tuhan tidak melihat kelemahan yang ada pada diri kamu tetapi DIA melihat kekuatan yang ada pada kamu...Gunakanlah sebaiknya kehidupan kalian semua...jangan pernah tunduk kepada dosa-dosa yang telah kalian lakukan kerana semua ini Iblis yang lakukan agar kalian jatuh...pergunakanlah waktu yang ada selagi kalian hidup di dunia ini....jadilah terang dunia dan selamatkan seberapa jiwa-jiwa yang ada di dunia ini...kerana satu jiwa begitu berharga bagi Tuhan...Ajar mereka dan dorong mereka....kalian sejak dari awal telah ditulis jalan ceritanya oleh Tuhan tapi semuanya adalah jalan menuju kehidupan yang kekal dan abadi bersama DIA di Syurga...saya dah pernah jatuh, kalian jangan sekali mencoba lakukan dosa yang besar...elakkan semua itu di dalam nama Tuhan Yesus...Bunuh diri bukan jalan penyelesaian...ingat! masih ada Yesus di dalam hidupmu yang telah pun menyintai kamu sejak kamu belum lahir...Cinta Tuhan tak pernah berkesudahan...DIA selalu bersama kita...DIA yang akan membawa kita kepada kebenaran dan kehidupan yang kekal....

Jesus is the way, the truth and the life....amen!
Tuhan akan selalu berada di hati kita semua....jadikan DIA yang terutama...
Haleluyah!!!

Sehingga ke hari ini aku harus memikirkan jalan benar yang telah Tuhan berikan padaku....mungkin selama ni hati saya tak pernah terbuka bagi DIA.....sekarang banyak perkara yang aku pelajari dari Tuhan mengenai Arti Cinta sejati....aku kini harus memikirkan kejayaanku...itu yang sepatutnya...

1 comment:

agirlFaith said...

Amen!! bersyukurlah buat smua yg telah terjadi.. yaa,stiap manusia punya jalan cerita yg berbeza.Masalah xkan pernah lari tapi yang paling penting adalah bagaimana kita menyelesaikan masalah itu :)
DAN DALAM KELEMAHAN KUASA TUHAN MENJADI SEMPURNA...!
TUHAN mengenal anakNYA :)