Wednesday, 31 December 2008

Hadapi 2009 dengan tabah

Kini sudah masuk 2009...bagaikan masa bergerak pantas. Pasti setiap orang sekarang memikirkan apa yang nak dilakukan bagi tahun yang baru. Pada 2009 merupakan lanjutan persekolahan saya di Politeknik Kuching, tarikhnya bermula pada 13 Januari 2009. Dan saya mengambil kursus kejuruteraan mekanikal. tapi mau tukar juga pada kursus IT...keliru...huhu...pilihan yang membingungkan saya. Tapi adalah lebih baik jika saya memilih kejuruteraan mekanikal kerana peluang pekerjaannya tinggi...

Dan semestinya untuk gereja saya, saya ingin memulakan satu langkah yang baru bersama sahabat-sahabat saya yang setia untuk merealisasikan impian gereja kami untuk sampai ke stadium...hehe...dan juga sahabat baru saya nanti di Poliku...hehe...Gereja SIB Praise Valley merupakan sebagian daripada hidup saya. Anak-anak mudanya yang rancak dan hebat banget!...Mulai tahun ini, gereja kami akan mempunyai banyak aktiviti istimewa yang akan dibuat...buat masa depan gereja dan jemaat yang hadir...kami kini mulai cipta lagu yang baru dan muzik stail yang baru buat gereja kami dah nama gereja Praise Valley harus sesuatu yang meletup!!!...huhu...memang sulit untuk melakukan satu band yang bertujuan memuji dan menyembah Tuhan...walau apa pun cobaan yang datang menerpa kehidupan kita, janganlah pernah kita goyah dan terjatuh...jika terjatuh, harus bangkit semula bagaikan burung rajawali...terbang bebas tinggi di awan merentas angin badai yang kencang...kerana burung rajawali sukakan cabaran jadi melawan gerakan angin yang bertiup...

Kehidupan ini kta takkan tahu apakah rancangan Tuhan kepada kita tapi semestinya Tuhan akan jadikah hari-hari yang baik untuk kita...jadi gunakanlah masa yang ada untuk memperjuangkan nama Yesus Kristus di dalam kehidupan kita...yang pasti hidup kita pasti akan ada cabaran yang lebih hebat lagi...tabahlah menghadapi hidup yang penuh cabaran ini...

Monday, 10 November 2008

Kebangkitan Anak-Anak Muda Kuching melalui SPK!















Di dalam gereja kami SIB Praise Valley, kami telah lama mulai kursus ini terutamanya bagi anak-anak muda di seluruh dunia ini dimana asalnya SPK ini datang dari negara Indonesia...

SPK ini sangat berhasil dimana Roh Kudus benar-benar hadir setiapkali kami melakukan SPK ini. Dan pada masa hadapan, kami akan lakukan SPK kami yang ke-3 bagi semua umum tak kira berapa umur kalian...sebab pada masa sekarang Tuhan benar-benar ingin bekerja di dalam setiap hati semua manusia di dunia ini. Tuhan mengasihi orang di dunia ini.



Jika kalian mahu tahu apakah SPK ini?...Gereja kami ada mengadakan SPK ini di Bandaraya Kuching...SPK ini mengenai kehidupan...SPK bermaksud SAYA PENGIKUT KRISTUS...ini mengajar anak-anak muda lebih mendalami kasih Tuhan di dalam hidup seharian dan mengajar kita menjadi matang dan lebih matang lagi di dalam Kristus...kebanyakkan gereja bangkit melalui SPK ini...hasilnya membangkitkan jemaat pada masa sekarang...amen!

Sejak saya mengikuti SPK ini, saya dah mulai naik pentas menjadi back-up singer sehingga kini...dahulunya seorang yang malu-malu kucing dan tak ada keyakinan diri setiapkali disuruh melayani di gereja...sekarang, saya takkan bangkit dan beriman seperti kini jika SPK ini tidak dilakukan di Kuching...lagipun SPK kita akan banyak persekutuan dengan orang lain...Tuhan itu baik...

Saturday, 8 November 2008

SIB Praise Valley Church




















Gereja baru kami terletak di area Satok berdekatan dengan balai polis satok...dimana disebelah bangunan gereja kami syarikat TOKIO MARINE INSURANS dibawahnya merupakan kedai PROTON dan gereja kami terletak diatas kedai PANASONIC (atas sekali - 2nd Floor). Gereja kami kebanyakannya youth yang datang...datanglah beramai-ramai ok ke gereja kami yang baru...kami mulai gereja ini pada tarikh 8 Jun 2008...sehingga ke hari ini jemaat kami melebihi 150 orang walaupun kami di dalam gereja tersebut bagaikan "ikan sardin"...hehe...namun kami merindukan lebih dari itu lagi...

Gereja kami ini unik dengan stail muziknya yang tersendiri dari pelbagai idea-idea yang berkebolehan dari Tuhan. Talenta yang telah lama diberikan dan dicatat di dalam kehidupan kita oleh Tuhan. Sepanjang saya di gereja SIB Praise Valley, begitu hebat anak-anak muda di gereja sini di mana semuanya melompat, menari bagi Tuhan...sampai orang-orang tua (veteran) juga turut melompat juga...Kami mengharapkan lebih ramai lagi yang datang agar satu hari nanti gereja kami ini menjadi sebuah gereja yang luar biasa pada masa hadapan. Bukan saja gereja kami, malah gereja yang lain juga turut bangkit dan bercahaya...If u want to know more about our church activities....join us...

Informasi gereja:
blog: http://www.sib-praise-valley.blogspot.com/
email: sib.praise.valley@gmail.com
Church friendster: http://profiles.friendster.com/praisevalley
Youth Kuching Friendster: http://profiles.friendster.com/sib2008


Nama: Rhemedy Ochey Anthony Antong
Tarikh lahir: 19 April 1990
Tempat lahir: Sibu, Sarawak
Sekarang Tinggal: Kuching, Sarawak
Anak ke 2 antara 5 adik-beradik



















FREEDOM FESTIVAL KUCHING 2008


































Bunuh Diri Bukan Penyelesaian




Saya nak berikan mengenai kesaksian hidupku di masa mudaku yang belum matang mengenal Tuhan Yesus. Di saat aku masih mentah pada zaman sekolahku, aku jujur aku "playboy" pada masa itu. Aku masa di sekolah seringkali mempermainkan wanita, tapi disaat ditinggalkan oleh wanita, aku pasti kesal kerana aku dah mulai merasa betapa "syoknya" cinta di dalam hidup masa muda ini. Apabila dah bersekolah pada waktu pagi, tiba-tiba begitu jiwang diriku menyelami hati perempuan dan di saat itu aku dah benar-benar menyintai wanita dihidupku tapi disaat wanita itu mempermainkan diriku, aku mula sedih dan dah berjanji di dalam hidupku tak nak bercinta lagi. Dan aku berjanji jika ada seorang wanita yang menyintai aku pada masa hadapan, aku akan menyintai dia sepenuh hatiku dan setia pada dirinya.

Tapi disaat aku habis sekolah, aku mula menyintai seorang wanita. setiap kali aku tak tahu jantungku berdegup setiapkali melihat dirinya. Aku jadi bingung dan tertanya-tanya..."adakah dia yang akan menjadi milikku kerana diriku dah mulai merasa satu cinta yang baru"...Aku hari demi hari mendorong wanita itu...Di Saat bersama si dia, betapa pentingnya dia di dalam hidupku. Disaat itu aku dah tak sedar aku mulai lupakan Tuhan dan menjauhi dari DIA yang selama ini telah membawa jalanku ke arah terangnya. Aku semakin rapat dengan wanita itu dan mulailah kami lupakan kekudusan di dalam setiap kami tapi yang jujurnya aku tak melakukan perkara terkutuk itu. Masa itu, aku memikirkan perkara yang bukan terkutuk itu juga merupakan perkara yang salah dan besar dosanya. Aku masa itu masih mentah dan begitu "tak tahu" dengan cinta itu. Aku terlalu menyintai wanita itu dan setiap masa asyik-asyik mengingati wanita itu. Di saat aku lakukan kesalahan dan terus diriku terasa sangat bersalah dan asyik dan asyik menyalahkan diri kepada Tuhan. Kerana aku merupakan antara utama di dalam gereja.

Apabila saya dah sedar saya telah bersalah pada Tuhan. Terlintas fikiranku tak nak hidup lagi. Aku begitu seksa memikirkan kesalahanku dan asyik memikirkan untuk terus bunuh diri. Apabila ada pisau di depan mataku, aku benar-benar hampir mencederakan diriku. Sikit lagi nak melukai jantungku kerana masa itu aku menghala mata pisau itu pada arah jantungku. Dan akhir sekali aku terus menjadi seksa dan gila. Tak nak hidup dalam fikiranku. Aku fikirkan cara membunuh yang diam-diam. Aku mula mengambil pil-pil (ubat-ubatan). Semuanya ubat-ubat yang bercampur seperti Ubat batuk, ubat demam, ubat allergic dan sebagainya...Aku mula menelan ubat-ubat itu sekaligus tanpa sedar apa akibatnya nanti sebab aku fikir ianya akan sekedar membuatkan diriku pening-pening saja. Tapi di saat aku mula merasa badanku seperti di-siang ataupun dimasak...terasa panas dalam badan...tak dapat menahannya...kepala mulai pening-pening tapi yang ini luar biasa membuatkan diri saya terasa dunia ini bergerak perlahan...Aku tak dapat mencapai kakiku, tak dapat merasa tanganku...begitu lemah...adik-adikku takut meninggalkanku sebab mereka tak tahu nak menyelamatkan apa pada abang mereka yang telah perbuat bodoh itu. Akhirnya, Tuhan menghantar pak cik aku menyelamatkan diriku dengan menyuruh diriku minum banyak air untuk membuang semua ubat-ubat di dalam badanku. Selepas itu, aku mulai menangis...aku selama ini memburuk-burukkan pak cik kerana tabiatnya yang suka merokok dan hidup yang tak menentu itu. Tapi Tuhan gunakan diri dia juga yang selamatkan aku.

Akhirnya, ibubapa dan nenek saudaraku datang kemudian kerana pada masa itu mereka ada kelompok doa tapi aku yang tak pergi sebab aku stres pada masa itu memikirkan hidupku yang bersalah pada masa itu. Saya lihat diriku didukung oleh ayahku membawaku ke dalam kereta dan mak aku pula cuba mengangkat aku membawaku ke hospital. Aku menangis dan fikirkan hidupku tak berguna dah...

Setelah aku sampai di hospital, aku melihat rakan-rakan se-agape denganku kasihan melihat. Dan saya rasa begitu bersalah kepada mereka kerana telah memalukan mereka semua kerana diriku juga kuat dalam pelayanan gereja pada masa itu. Sebegitu juga keluargaku dan saudara-saudaraku....lebih-lebih lagi memalukan nama Tuhan....Aku telah diselamatkan dan semua ubat-ubat dalam badanku telah keluar....Aku mulai merasa baik-baik aja...

Saya menangis tanpa terhenti-henti...tapi pastor-pastor dan member-memberku mulai mendorong diriku "hidup ini manusia memang tak dapat lari dari dosa tapi manusia dapat mengelak dosa itu tejadi..."Aku diajar dan dikaunseling agar aku bangkit semula....Aku sedar selama ini aku telah menyusahkan ibubapaku yang telah membayar wang untuk diriku sembuh...aku menangis....

Wahai...kawan-kawan terkasih....walaupun besar mana dosa kamu itu tapi Tuhan tidak melihat kelemahan yang ada pada diri kamu tetapi DIA melihat kekuatan yang ada pada kamu...Gunakanlah sebaiknya kehidupan kalian semua...jangan pernah tunduk kepada dosa-dosa yang telah kalian lakukan kerana semua ini Iblis yang lakukan agar kalian jatuh...pergunakanlah waktu yang ada selagi kalian hidup di dunia ini....jadilah terang dunia dan selamatkan seberapa jiwa-jiwa yang ada di dunia ini...kerana satu jiwa begitu berharga bagi Tuhan...Ajar mereka dan dorong mereka....kalian sejak dari awal telah ditulis jalan ceritanya oleh Tuhan tapi semuanya adalah jalan menuju kehidupan yang kekal dan abadi bersama DIA di Syurga...saya dah pernah jatuh, kalian jangan sekali mencoba lakukan dosa yang besar...elakkan semua itu di dalam nama Tuhan Yesus...Bunuh diri bukan jalan penyelesaian...ingat! masih ada Yesus di dalam hidupmu yang telah pun menyintai kamu sejak kamu belum lahir...Cinta Tuhan tak pernah berkesudahan...DIA selalu bersama kita...DIA yang akan membawa kita kepada kebenaran dan kehidupan yang kekal....

Jesus is the way, the truth and the life....amen!
Tuhan akan selalu berada di hati kita semua....jadikan DIA yang terutama...
Haleluyah!!!

Sehingga ke hari ini aku harus memikirkan jalan benar yang telah Tuhan berikan padaku....mungkin selama ni hati saya tak pernah terbuka bagi DIA.....sekarang banyak perkara yang aku pelajari dari Tuhan mengenai Arti Cinta sejati....aku kini harus memikirkan kejayaanku...itu yang sepatutnya...